Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit



Tunai umrah bersama, songlap duit

‘Tak sangka rakan baik sama-sama tunai umrah songlap RM70,000’

Terkilan ditipu hampir RM70,000, penyanyi Andi Bernadee membuat laporan polis berhubung penyelewengan duit terhadap rakan baik yang dikenali selama dua tahun.

Sambil bergenang air mata, Andi berkata dia begitu sedih kerana kejadian berlaku ketika pandemik Covid-19 apatah lagi dirinya menjadi tonggak utama keluarga yang membantu serba-serbi dari segi kewangan.

“Tak sangka dia sanggup kacau periuk nasi padahal saya berikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menguruskan karier saya selama ni selain bawa dia masuk dalam industri.




“Tu semua duit hasil titik projek sejak bulan Jun lalu tapi malangnya saya sendiri belum sempat merasa langsung kesemua wang tersebut.

“Saya sedih dan serabut sebab ia berlaku di tengah-tengah pandemik, apa yang berlaku jejaskan perbelanjaan yang sepatutnya diberikan untuk mak, ayah dan adik yang masih bersekolah,” katanya.

Bukan setakat itu, Andi, 29, turut mendakwa, individu yang pernah dua kali menunaikan umrah bersama-sama dengannya itu sanggup melemparkan pelbagai fitnah terhadap dirinya apabila dia cuba bersemuka untuk meminta semula wangnya.

“Dia telah memanipulasi WhatsApp yang dihantar kepada dua orang klien supaya mereka memindahkan wang tersebut masuk ke akaun peribadinya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada 15 Ogos lalu untuk beri amaran,” katanya.




Pemilik nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangil, 29, itu berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Andi yang tiba di balai kira-kira jam 11 pagi tadi turut ditemani peguam yang mewakilinya iaitu Faizal Rahman dan pengurusnya Nasir Deraman.

Penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf itu berkata, dia mula menyedari kejadian berlaku selepas mendapati tiada wang masuk ke akaun miliknya sejak sekian lama.

“Tak nampak mana perginya duit hasil kerja saya, bila ditanya, dia bagi pelbagai alasan seperti klien belum memindahkan wang dan sebagainya.

“Bila saya cuba berbincang, dia buat tak tahu saja. Lepas songlap duit, dia boleh pula malukan saya pada pihak produksi dengan bermacam-macam fitnah,” katanya.




Justeru, Andi berharap tiada individu lain dalam industri yang akan menerima nasib sepertinya selain meminta rakan-rakan dalam bidang itu untuk berhati-hati dengan seseorang yang bersikap seperti gunting dalam lipatan.

“Dia baru lagi dalam industri, tapi saya harap semua rakan artis berhati-hati dengan orang macam ni,” katanya. Mk

Tunai umrah bersama, songlap duit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM



Leave a Reply

Your email address will not be published.