Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat

Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat. Penduduk di negeri Tennessee, Amerika Syarikat gempar apabila seorang individu mendakwa melihat  beberapa cahaya di langit yang didakwa berasal daripada objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Daily Star semalam.

Individu tersebut yang memuat naik video kejadian di platform perkongsian Reddit mendakwa, insiden  awal pagi itu berkemungkinan fenomena UFO meskipun kapal angkasa tersebut tidak kelihatan.

Dia yang menggunakan akaun CallMeClinton, turut menjelaskan bahawa cahaya-cahaya  tersebut  berada dalam ‘corak pesawat yang terbang secara rawak’ sebelum memecut dengan tiba-tiba lalu hilang daripada pandangan.



“Ada sesiapa di Nashville yang melihat cahaya ini sekarang?

“Saya berasakan saya tidak cukup bertuah kerana tidak dapat melihat UFO, jadi saya memerlukan pandangan orang lain yang mungkin melihatnya,” tulisnya dalam laman perkongsian tersebut.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna lain dengan ada yang mempercayai dakwaan individu berkenaan dan ada yang meraguinya.

“Anda amat bertuah kerana dapat merakam video beberapa buah UFO,” komen seorang pengguna.



“Saya tidak tahu mengapa orang sering membuat andaian pertama bahawa video seperti ini adalah kapal angkasa makhluk asing. Maafkan saya, namun saya berpendapat pergerakannya kelihatan seperti kawanan kelawar,” komen seorang lagi pengguna. – Agensi

Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan



Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker