Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri

Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri, kata Kadir

Wartawan veteran A Kadir Jasin menyatakan ironi kebangkitan dan kejatuhan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada memegang kuasanya adalah disebabkan oleh pengkhianatan.

“Beliau mendapatkan kuasa dengan mengkhianati rakyat yang mengundinya dan gabungan Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu,” kata bekas ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu.

Namun katanya, 17 bulan selepas itu, orang yang bersekongkol dengan Muhyiddin yang digelarnya sebagai “serigala lapar daripada Umno”, berpaling tadah dan menarik sokongan yang akhirnya menyebabkan kejatuhannya.

Era pemerintahan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan berakhir Isnin lalu apabila beliau meletakkan jawatan selepas hilang sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

Selepas itu, Ismail Sabri Yaakob daripada Umno dilantik sebagai perdana menteri dengan sokongan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), GPS, PBS dan beberapa Ahli Parlimen bebas.

“Kini, bukan hanya “Umno yang kalah” kembali berkuasa, terima kasih kepada pemerintahan Mahiaddin (Muhyiddin) selama 17 bulan untuk kepuasan diri, Bersatu berisiko dihancurkan dan PN dibubar yang memberi keuntungan kepada BN apabila kembali memerintah.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kini telah ada suara dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno mengisytiharkan berakhirnya kerajaan PN.”

Kadir berkata Umno dan PKR yang bergabung dengan Bersatu semata-mata demi kuasa dan wang kini terpaksa mengikut telunjuk pemimpin Umno.

Katanya, wakil Umno yang menyertai Bersatu boleh mempertimbangkan untuk kembali ke pangkuan parti lama mereka namun pembelot PKR itu mungkin tidak disambut baik ke dalam parti asal mereka.

“Jarang sekali sejarah memberi gambaran baik kepada si kalah walaupun dia bertarung dalam peperangan yang hebat. Dalam kes Mahiaddin, dia tidak bertempur dalam mana-mana peperangan. Dia menerima kesan akibat daripada perbuatannya sendiri.” FMT

Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri

Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker