Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap

Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap

Resepi ini merupakan resepi inovasi berdasarkan maggi mee. Maggi mee seperti yang kita tau apa popular dan dikenali seluruh dunia. Namun tahukah maggi mee di Malaysia adalah lebih sedap berbanding maggi mee di negara lain?.
Ini adalah satu berita yang menarik! Ia adalah berdasar satu kajian yang telah dilakukan oleh peminat maggi mee.

Salah satu inovasi maggi mee ialah maggi Bandung. Masakannya seperti mee Bandung, cuma ianya lebih ringkas dan saiz masakannya pula sesuai untuk seorg atau dua orang makan sahaja. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

1 bungkus maggi perisa kari, asingkan perencahnya
Bahan-bahan lain
1 ulas bawang putih
1 sudu cili kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 pokok sawi bok choy
1 biji telur
3 ekor udang/sotong/ayam
1 cawan air

Kaedah

Mula-mula teruskan maggi dan toskan.
Tumis bawang putih bersama cili kisar.

Kemudian apabila naik minyak masukkan sos cili dan sos tomato.

Masukkan udang dan tambahkan sedikit air , taburkan serbuk rencah maggi.

Akhir sekali letak mee maggi dan kemudian pecahkan telur.
Siap!

Jika anda suka rasa udang yang lebih sedap dalam maggi Bandung ini, anda boleh menggunakan air rebusan kulit udang. Ianya sama seperti mee Bandung yang kita biasa temui. Begitu juga anda juga boleh menambah rencah lain seperti sotong,daging atau ayam. Terpulang pada citarasa anda, selamat mencuba!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Hokkaido Baked Cheesetart

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker