Pemimpin PN adakan mesyuarat khas di Publika

Pemimpin PN adakan mesyuarat khas di Publika

Pemimpin utama parti Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat khas di Publika, difahamkan bagi membincangkan isu barisan kepimpinan kerajaan selepas bersetuju memilih Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Antara pemimpin dilihat hadir ialah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung STAR, Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.

Mesyuarat pagi ini dipengerusikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi PN.

Pimpinan PN dilihat mula tiba di Publika sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri semalam menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti.

Istana Negara dalam kenyataannya sebelum ini mengumumkan pelantikan Ismail sebagai perdana menteri selepas 114 Ahli Dewan Rakyat dari parti kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelum ini mencalonkannya, sekali gus mendapat mengekalkan pentadbiran lalu dari jatuh kembali kepada Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan Anwar Ibrahim. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Pemimpin PN adakan mesyuarat khas di Publika


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker