Mageran Jalan Akhir

Oleh Nurul Aisyah

KERAJAAN SD sememangnya sangat tidak stabil. Cubaan yang berterusan untuk mengagalkan satu pihak lawan dalam usaha untuk berkuasa akan menyebabkan kerajaan berterusan berada dalam keadaan yang sangat tidak kukuh.

Hari ini, Rakyat Malaysia fokus kepada perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuk calon Perdana Menteri kesembilan.



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri akan mempengerusikan perbincangan tersebut seperti mana dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, tiada mana-mana parti dan gabungan dalam Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang mempunyai jumlah majoriti, maka kerjasama politik diperlukan ketika ini bagi menamakan seorang ahli Parlimen untuk memegang jawatan nombor satu negara.

Justeru itu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ahli Parlimen untuk menghantar surat akaun secara bertulis kepada Istana Negara bagi menamakan dan menyatakan sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

Difahamkan hanya dua nama yang mendapat saingan sengit iaitu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan 114 Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jika berdasarkan angka tersebut maka Ismail Sabri yang mempunyai peluang lebih cerah untuk menjadi PM ke 9.

Oleh itu, tidak hairanlah dengan kewujudan bermacam-macam petisyen apabila satu pihak gagal memperolehi gabungan majoriti yang cukup.

Satu kempen dalam talian menolak pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 mendapat lebih 200,000 tandatangan warganet sejak dilancarkan semalam.

Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cuai dan gagal menangani wabak Covid-19.



Disamping itu juga satu perhimpunan yang kononnya memperingati mangsa yang maut akibat Covid-19 dibuat semalam. Ramai pihak menuding jari terhadap Anwar Ibrahim sebagai dalang disebalik perhimpunan ini. Tambahan pula, beliau gagal mendapatkan majoriti gabungan untuk menyokong nama beliau sebagai PM 9.

Seramai 17 peserta lelaki dan 14 wanita yang mengambil bahagian dalam himpunan itu ditahan dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Antara peserta yang ditahan adalah penganjur #Lawan Mohammad Asraf Sharaf, pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri, dan Sarah Irdina Mohamad Ariff yang juga pengasas kumpulan belia, Misi Solidariti.

Selagi Pilihan Raya Umum tidak diadakan maka keadaan huru-hara yang mengakibatkan negara berada dalam keadaan yang tidak stabil akan berterusan. Namun jumlah kes Covid yang sangat tinggi ketika ini menghalang PRU 15 diadakan dalam masa terdekat.



Sekiranya huru-hara yang berterusan dicetuskan oleh mereka yang berkepentingan politik maka jalan terakhir adalah bubarkan Parlimen dan mageran mengambil alih pemerintahan negara.

Difahamkan, Mageran ini situasi dimana Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong akan menubuhkan Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) dan melantik seorang pemimpin selaku Pengerusi yang baginda yakini boleh membantu Kerajaan YDP Agong keluar daripada kemelut yang tidak berkesudahan ini.

Pengerusi MAGERAN juga tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana gerakan mencatur yang telahpun dilakukan dengan menyenaraikan nama-nama Menteri Kabinet sedangkan tumpuan utama khusus kepada usaha mengatasi pandemik dan memulihkan ekonomi negara belum tentu berjaya dilakukan. Kemudiannya setelah negara pulih maka laluan diberi kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Hanya dengan melalui PRU 15 sahaja keadaan politik negara akan pulih sepenuhnya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker