Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Oleh Nurul Aisyah

UMPAMA seorang kakitangan yang mengelapkan wang syarikat tetapi “bos” pula yang dipersalahkan. Ramai pihak melihat kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu penganiayaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam kes tersebut menjadi “panas” apabila saksi pendakwaan ke-10 menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi.

Memetik sumber , Ketika diasak oleh peguam yang mengetuai pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi, Mohd Hazem Abd Rahman berkali-kali mengatakan tidak setuju dengan tuduhan dilemparkan kepadanya.

Dakwa Muhammad Shafee, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (1MDB) bersama yang lain telah melakukan jenayah penggubahan wang haram namun Najib yang menjadi mangsa.

Shafee: Anda juga antara yang melakukan jenayah pengubahan wang haram. Anda tahu sebenarnya anak guam saya tidak seharusnya berada di sini .

Anda dan yang lain telah memindahkan dana daripada Malaysia ke dalam entiti luar yang tidak diiktiraf serta menyembunyikan hasil aktiviti haram.

Mohd Hazem: Tidak setuju.

Mohd Hazem turut menafikan dakwaan peguam bela, Tania Scivetti bahawa mengambil arahan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda dalam 1MDB dan melaksanakan arahan Jho Low dengan menyuruh peguam 1MDB, Jasminie Loo sediakan resolusi?

Mohd Hazem: Tidak.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda untuk pastikan semua Ahli Lembaga Pengarah tandatangan resolusi yang sebenarnya menjejaskan 1MDB dan pemegang saham?

Mohd Hazem: Tidak, tidak setuju.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda yang sebenarnya menguntungkan Jho Low seperti menandatangani resolusi?

Mohd Hazem: Tidak setuju.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Pagi semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding dan menyambungnya pada jam 2.45 petang bagi membolehkan Najib selaku Penasihat Barisan Nasional (BN) menghadiri mesyuarat berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri ke-9 selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada Isnin lepas.

 

Rata-rata rakyat Malaysia melihat DS Najib sebagai mangsa kerakusan politik sekumpulan individu yang mempunyai agenda besar iaitu merompak wang negara. Demi untuk menutup jenayah mereka maka kumpulan ini pula yang menuduh DS Najib melakukan jenayah tersebut. Samada cepat atau lambat, kebenaran akan tetap muncul. Beliau memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam perkara ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker