Zizan lukakan hati saya – Aliff Syukri

Zizan lukakan hati saya – Aliff Syukri

Zizan tak patut buat saya macam itu, apa salah dan kurang saya?” -Aliff Syukri

Penyanyi dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terasa hati dengan pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak yang didakwa mempertikaikan niatnya sebagai calon Perdana Menteri (PM) baharu.

Menerusi Instagram Live, pelawak tersebut meminta Aliff membuat demonstrasi sebagai PM sambil membahaskan isu berkenaan yang ditonton ribuan peminat masing-masing.

Namun, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu terpaksa menghentikan live tersebut dengan serta merta sementelah hatinya terluka dengan kenyataan yang dilemparkan Zizan yang tidak dapat diterimanya.

“Sepatutnya kau sudah tahu aku ini calon untuk menjadi PM. Aku kecewalah dengan kau Zizan, minta maaf. Maaf awak, sebab itu saya matikan sahaja live tadi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Hati saya terluka kerana pada awalnya dia okey sahaja menyokong untuk menjadi calon PM, saya gembira sangat.

“Namun, pada hujung-hujung live, saya amat sedih kerana ayat dia buat saya terluka. Hanya orang yang menonton live itu sahaja mengetahui apa yang saya rasa,” luahnya di Instagram.

Menerusi perkongsian yang berbeza, walaupun Aliff dilihat masih tidak berpuas hati dengan pelawak berkenaan, namun dia tidak berputus asa untuk menjadi pemimpin negara.

“Saya perlu kuat untuk menjadi pemimpin negara. Bagi saya, Zizan tidak patut buat saya macam itu, apa salah dan kurang saya, awak?” tulisnya.

Sehubungan itu, Zizan tampil membuat permohonan maaf kepada Aliff sekaligus memberi nasihat kepadanya apa yang perlu dilakukan untuk menyandang jawatan besar itu.

Sebelum ini, Aliff menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan Perdana Menteri ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia telah memuat naik satu boring permohonan jawatan tersebut yang lengkap diisi mengenai butiran peribadinya. Utusan

Zizan lukakan hati saya – Aliff Syukri

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker