Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Dengan Ismail dan Anwar sebagai calon, Kit Siang cadang kombinasi PM-TPM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar dua calon perdana menteri daripada dua gabungan iaitu PH dan PN membentuk satu ‘kabinet perang’ dengan kedua-duanya memegang jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Ahli parlimen Iskandar Puteri itu tidak menyatakan sebarang nama secara khusus tetapi dua calon utama untuk jawatan perdana menteri yang kini kosong ialah Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Dipercayai Ismail kini mendahului dengan sokongan 114 ahli parlimen dengan Anwar disokong 105 ahli parlimen.

Yang di-Pertuan Agong dalam proses mengesahkan sokongan diterima Ismail hariini.

“Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan perdana menteri, seorang boleh dilantik sebagai perdana menteri dan seorang lagi sebagai timbalan perdana menteri untuk membentuk kabinet perang yang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen untuk memenangi perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum PRU15 dalam masa 18 bulan.

“Kabinet perang tersebut perlulah mencerminkan perpaduan parlimen untuk mengubah nasib negara kita yang sedang kalah selama 20 bulan dengan wabak Covid-19 dengan membawa dasar dan strategi baru untuk mengawal wabak ini dan mengembalikan harapan, keyakinan, dan kepercayaan rakyat kepada satu pendekatan yang melibatkan ‘keseluruhan masyarakat’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rais Hussin dari Bersatu membuat cadangan sama sekiranya tiada majoriti jelas dicapai.

“Memandangkan tiada majoriti jelas, Yang di-Pertuan Agong boleh menitahkan satu kerajaan perpaduan (ditubuhkan) untuk fokus kepada pengurusan pandemik dan pemulihan ekonomi untuk tempoh satu tahun.

“Baginda boleh melantik seorang perdana menteri daripada gabungan yang mempunyai jumlah (sokongan) terbanyak dan seorang timbalan perdana menteri daripada (calon gabungan) yang satu lagi,” ciapnya di Twitter.

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, kabinet perpaduan itu haruslah bersaiz kecil dengan tidak lebih 10 orang menteri dan timbalan menteri.

Tambahnya lagi, kerajaan baru juga harus melakukan pembaharuan institusi, termasuk undang-undang antilompat parti.

“Bereskan undang-undang antilompat (parti) dalam masa setahun itu dan berhenti berjual beli (ahli parlimen) serta kejatuhan kerajaan yang kerap melalui ‘katak’ (lompat parti).

“Kemudian, bersiap sedia untuk bersaing dengan saksama dalam PRU15 tanpa mana-mana gabungan mendapat kelebihan kerana menyandang kuasa (pemerintah),” katanya.

Majoriti mudah memerlukan sokongan 111 ahli parlimen. Kini terdapat 220 ahli parlimen di Dewan Rakyat dengan dua kerusi kosong. Mk

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker