Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara

Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara

Singapura: Seorang wanita yang mendera pembantu rumah warga Indonesianya, termasuk menggelarnya “busuk” dan menyepak kemaluannya, dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan dua minggu.

Channel News Asia melaporkan Rosdiana Abdul Rahim, 33, turut diarahkan membayar mangsa ganti rugi SGD2,500 atau diganti dengan penjara 11 hari.



Rosdiana sebelum ini disabitkan bersalah atas enam pertuduhan, termasuk menjatuhkan maruah pembantu rumah itu, menggunakan kekerasan, mendatangkan kecederaan dan intimidasi jenayah.

Mahkamah diberitahu warga Indonesia itu, yang kini berusia 21 tahun, ke Singapura pada September 2017 dan ditugaskan untuk menjaga keluarga Rosdiana, termasuk anak kembarnya dan kanak-kanak di rumah ibunya.

Mangsa memberitahu mahkamah, antara penderaan yang dihadapinya termasuk tidak dibenarkan meridap, waktu rehat tidak menentu dan tidak dibayar gaji kira-kira tiga bulan.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


CNA melaporkan Rosdiana pernah sekali mengadu mangsa berbau busuk dan mengheretnya ke tandas, sebelum menyembur air dan mengarahkan beliau menanggalkan pakaiannya.

Apabila suami Rosdiana memasuki bilik tidur dan mangsa cuba menutup badannya, Rosdiana memberitahu beliau yang suaminya “tidak akan berminat dengannya”.

Mangsa mendakwa beliau tidak diberikan tempat tidur yang sesuai dan majikannya membuang sebahagian pakaiannya kerana dikatakan berbau.



Menurut laporan itu lagi, Rosdiana pernah mencubit payudara mangsa ketika suaminya hadir. Ketika beliau cuba menutup badannya, Rosdiana memberitahu mangsa yang suaminya tidak akan berminat dengannya kerana payudara beliau “kecil, tidak sama seperti payudaranya”.

Tertuduh kemudiannya menyepak kemaluan mangsa sebanyak dua kali dan memukulnya sehingga menyebabkan bahagian bekalang badannya sakit.

CNA melaporkan tertuduh turut menghempas pintu almari ke lengan mangsa.

Keesokannya, mangsa berkata, Rosdiana dan suaminya menghantar beliau ke pintu masuk agensi pembantu rumahnya. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis terhadap Rosdiana. FMT



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker