Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya

Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya

Pelakon versatil Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat berhubung isu saman fitnah yang dikemukan pengacara kontroversi Azwan Ali kepadanya.

Che Ta ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia enggan untuk ambil pusing perkara tersebut dan hanya menunggu surat saman daripada peguam Azwan untuknya.

“Buat masa ni saya malas nak fikir. Saya tunggu saja surat saman daripada dia. Dah dekat dua minggu juga saya menunggu.

“Terserahlah apa pun dia nak buat. Nak membebel ke, melalak ke, merentan seorang diri ke, ikut dia lah,” katanya.

Tambah Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 49, setibanya surat saman daripada pihak Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, dia dan peguamnya juga akan lakukan perkara sama.

“Saya dan peguam memang lama dah tunggu. Saman sampai je, terus kami pun akan hantar surat saman balas juga,” ujarnya.

DIVA AA hari ini membuat laporan polis terhadap Che Ta yang didakwa menulis kenyataan fitnah terhadapnya hingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni. K Online

Sebelum ini melaporkan Che Ta tiba-tiba menjadi mangsa kecaman seorang pengacara yang terkenal dengan mulut puakanya itu hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin di ibu negara.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker