Tiada parti dapat majoriti kukuh, bubar Parlimen langkah terbaik

Tiada parti dapat majoriti kukuh, bubar Parlimen langkah terbaik

PEMBUBARAN Parlimen dianggap langkah terbaik bagi mengelakkan negara terus terjerumus dalam kemelut politik yang berpanjangan.

Keadaan itu disebabkan parti-parti politik sama ada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun blok pembangkang dikatakan tidak mendapat sokongan majoriti kuat daripada ahli-ahli Parlimen bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.



‘’Gabungan PN tidak berpecah, semua parti-parti terlibat kekal menyokong kerajaan PN tetapi jumlah kerusi yang diperolehi setakat hari ini tidak kukuh walaupun mungkin ada majoriti. Kita tidak mahu politik negara terus bergelut soal keabsahan,’’ kata satu sumber ketika dihubungi.

Blok pembangkang khususnya Pakatan Harapan pula kata sumber tersebut, terus tidak mendapat sokongan kerana memandangkan parti-parti pembangkang lain tidak bersetuju Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

‘’Tetapi pada masa sama parti-parti itu juga tidak mahu bergabung atau menyokong kerajaan PN,’’ kata sumber berkenaan.

Berdasarkan senario itu, sumber tersebut berkata, pembubaran Parlimen dilihat langkah terbaik bagi memastikan negara tidak terus terjerumus dalam konflik politik.



‘’Kita tidak mahu nanti bila sidang Parlimen soal keabsahan akan ditimbulkan lagi dan ahli-ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya undi percaya dilakukan. Keadaan ini akan menyebabkan ketegangan politik berlaku,’’ katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mengenai sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, sumber itu berkata, dalam perbincangan antara gabungan PN, 31 ahli Parlimen Bersatu menyatakan mereka menyokong Naib Presiden UMNO itu selagi tidak ada mana-mana pemimpin UMNO daripada ‘kluster mahkamah’ dilantik ke dalam Kabinet.



Sebelum ini pelbagai pihak termasuk penganalisis politik berpendapat, pembubaran Parlimen merupakan langkah terbaik bagi menamatkan kemelut yang berlaku.

Menurut mereka, ia bagi membolehkan mandat dikembalikan kepada rakyat selepas pelbagai krisis politik terjadi sejak setahun lalu.

Sementara itu, dalam media-media sosial, majoriti rakyat mula melahirkan kebimbangan mereka berhubung apa yang akan berlaku selepas peletakkan jawatan oleh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Mereka berharap kemelut politik tidak berlanjutan kerana rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan turut berpendapat pembubaran Parlimen merupakan jalan terbaik.



Sementara itu di Istana Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum mengenai perkembangan kemelut politik negara. Utv

Tiada parti dapat majoriti kukuh, bubar Parlimen langkah terbaik

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker