MKT UMNO, ahli Parlimen perlu cari titik persamaan

MKT UMNO, ahli Parlimen perlu cari titik persamaan. Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli-ahli Parlimen UMNO perlu mencari titik persamaan dan mengenepikan kepentingan peribadi dalam soal menentukan hala tuju negara.

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata keputusan secara muafakat penting yang akhirnya bukan sahaja menguntungkan parti, tetapi yang lebih penting menyelamatkan nasib rakyat.

“Dari segi luaran, memang kita lihat seolah-olah ada permasalahan di antara Ahli Parlimen UMNO dan MKT UMNO dari segi menentukan hala tuju dan sokongan yang perlu dibuat oleh parti.



“Cuma saya yakin, permasalahan dan ketegangan ini dapat dileraikan dalam waktu terdekat.

“Akhirnya, blok MKT UMNO atau Ahli Parlimen UMNO akan mencapai satu kata sepakat bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi kepentingan parti dan akhirnya ia diterjemahkan untuk membela dan mengangkat nasib rakyat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan, salah satu agenda mesyuarat MKT UMNO yang dijangka petang ini adalah untuk memutuskan calon Perdana Menteri yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya berkenaan siapa yang layak dinamakan sebagai Perdana Menteri dari UMNO, Rizalman secara peribadi melihat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan individu paling layak.



Pada masa sama, beliau berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh berlapang dada untuk menerima segala keputusan yang dibuat oleh parti.

“Saya fikir, Presiden UMNO perlu berlapang dada untuk memberi laluan kepada individu-individu yang layak (menjadi Perdana Menteri) atas permasalahan yang sedang dihadapi.

“Kalau kita tengok yang berada terkanan sekarang ini dan juga berada dalam kerajaan ialah Ismail Sabri sebagai Naib Presiden.

“Saya fikir kalau diletakkan nama Ismail Sabri, mungkin ia boleh diterima di peringkat parti dan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN),” tambahnya.



Justeru beliau yakin, defisit kepercayaan rakyat terhadap UMNO yang semakin rapuh mampu dipulihkan kembali dalam masa terdekat apabila segala permasalahan diselesaikan.- Sumber Awani

MKT UMNO, ahli Parlimen perlu cari titik persamaan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mesyuarat biro politik, MT Umno akan pilih tiga nama calon PM interim



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker