Mesyuarat biro politik, MT Umno akan pilih tiga nama calon PM interim

Mesyuarat biro politik, MT Umno akan pilih tiga nama calon PM interim

Umno bakal mengadakan mesyuarat biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada hari ini untuk memilih calon perdana menteri interim, kata sumber parti.

Ini selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadualkan meletak jawatan pada hari ini.



“Umno akan mengadakan mesyuarat biro politik dan MKT esok (hari ini) untuk memilih calon perdana menteri interim.

“Ini untuk memastikan bahawa tiada pihak daripada parti itu bertindak secara sendirian atau membelakangi parti dalam krisis politik semasa,” kata sumber itu kepada Malaysiakini, lewat petang semalam,

Umno kini berhadapan masalah dalaman selepas 15 ahli parlimen Umno yang diketuai presidennya Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara, 23 anggota Dewan Rakyat parti itu masih meneruskan hubungan dengan Muhyiddin dan PN. Kumpulan itu diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Setahu saya, sebanyak tiga nama akan dipilih untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon perdana menteri interim.

“Kalau ikutkan saya, selain presiden parti (Ahmad Zahid), Ismail Sabri, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Hishammuddin Hussein (Sembrong) berada dalam senarai.



“Kemungkinan tiga daripada empat ini akan dipilih untuk dihantar ke Istana Negara,” katanya.

Sementara itu, sumber juga mengesahkan bahawa petang semalam, Ismail Sabri mengadakan perjumpaan dengan Zahid.

“Perjumpaan ini berkaitan gerakan surat akuan bersumpah (SD) sedang dikumpul bagi pihak Ismail.

“Saya tidak boleh memberitahu intipati perjumpaan antara Zahid dan Ismail. Tapi, yang pasti tindakan Ismail mengumpul SD tidak disenangi akar umbi.



“Sebarang keputusan mesti daripada parti. Perlu ada sokongan semua pihak. Ini paling penting,” katanya.

Untuk rekod, Malaysiakini melaporkan surat akuan sedang dikumpul dalam kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru gabungan itu.

Ahli parlimen Padang Rengas dari Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz turut mengesahkan dia antara yang menandatangani dokumen bagi menyokong Ismail untuk mengambil alih jawatan perdana menteri. Mk

Mesyuarat biro politik, MT Umno akan pilih tiga nama calon PM interim



Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker