UMNO terbuka terima MP tersasar kembali ke pangkuan parti

Parlimen Umno yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional harus kembali kepada Umno, kata naib presiden parti itu, Mohd Khaled Nordin.

“Umno mesti hadir dan berdiri sebagai sebuah ketumbukan orang Melayu yang mempunyai kebersamaan tekad dan kebulatan hati.

“Bukannya berpecah-pecah dan berlainan haluan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang sangat jelas bahawa perdana menteri (Muhyiddin Yassin) dan PN sudah tidak berupaya untuk mempertahankan kerajaan yang ada.

“Maka, Umno mesti kembali bersatu hati. Kepada semua ahli parlimen Umno di dalam PN, ruang dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang,” kata Khaled dalam satu kenyataan hari ini.

Khaled mengatakan bahawa Umno telah memainkan peranan dalam PN tetapi gabungan itu telah gagal dan tersasar untuk mencapai objektifnya.

Katanya, Umno sekarang harus memainkan peranannya dalam menyelesaikan krisis negara dan memastikan kejayaan parti itu dalam pilihan raya akan datang.

“Untuk melakukan perkara ini, Umno mesti segera bersatu hati dan mengeratkan semula perpaduannya di semua peringkat sama ada ahli, pemimpin apatah lagi ahli-ahli Parlimen.

“Kita mesti kembali menjadi parti yang kuat, bersatu dan memfokuskan kepada perkara yang betul,” katanya.

Setakat 9 Ogos, 15 daripada 38 ahli parlimen Umno telah menarik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kepemimpinan tertinggi Umno telah memutuskan untuk menarik sokongan Muhyiddin atas tuduhan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

Ia selepas kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak membentang dan membahaskan ordinan darurat di Parlimen seperti diminta Agong.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker