Bos Mydin bidas gabenor BNM berhubung moratorium pinjaman

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Shamsiah Mohd Yunus perlu “turun padang” dan memahami situasi terdesak dihadapi pengusaha perniagaan sebelum memberi komen mengenai isu moratorium pinjaman, kata seorang taikun perucitan.

“Salah dari segi moral bank-bank mengaut keuntungan berbilion-bilion daripada kesulitan dihadapi peminjamnya,” kata penasihat Kumpulan Kelangsungan Perniagaan, Ameer Ali Mydin.

“BNM tidak sepatutnya hanya menjaga bank dan memastikan (status) mereka sihat. BNM juga perlu menjaga seluruh negara.”



Ameer mengulas kenyataan Nor Shamsiah semalam bahawa pengecualian penuh faedah semasa moratorium pinjaman akan mengakibatkan “kesan jangka panjang yang ketara” bagi bank-bank dan lebih banyak kesulitan bagi rakyat.

Setelah moratorium pinjaman pilihan diumumkan oleh Kementerian Kewangan menerusi pakej bantuan PEMULIH, program berkenaan diteliti kena tidak mengecualikan bayaran faedah terakru dalam tempoh moratorium.

Ramai pengkritik berkata, tanpa pengecualian faedah, moratorium akan menambah beban peminjam di masa hadapan.

Nor Shamsiah berkata, pendapatan faedah menyumbang 80% perolehan bank-bank, justeru mengecualikannya akan menjejaskan kecairannya.



Namun hakikatnya, walaupun semasa wabak, bank-bank masih memperoleh keuntungan yang besar, kata Ameer yang memetik laporan bahawa bank-bank teratas negara mencatatkan keuntungan lebih RM30 bilion tahun lalu.

“Apa gunanya jika penyata imbang bank-bank baik sementara seluruh negara menderita, dengan rakyat terus bergelut,” katanya.

“Dalam sektor runcit sahaja, lebih 50,000 orang kehilangan pekerjaan. Sebanyak 30% daripada kedai-kedai di pusat beli-belah gulung tikar.

“Kami bukan minta bank-bank terus memansuhkan faedah atas semua wang dipinjam. Kami cuma mahu BNM beri talian hayat kepada industri-industri yang hampir mati bukan atas salah mereka sendiri.”



Industri-industri ini, katanya, termasuk sektor pelancongan, runcit, dan acara yang dilumpuhkan oleh sekatan bertujuan untuk membendung penularan Covid-19.

“Kenapa bank-bank tak boleh terima kekurangan keuntungan? Adakah ini permintaan yang terlalu besar?

“BNM tidak sepatutnya hanya melihat impak jangka panjang ke atas bank-bank apabila melibatkan moratorium, tetapi lihat kepada impaknya ke atas perniagaan yang hampir gulung tikar, dan kehilangan pekerjaan akibatnya.

“Kami harap BNM dapat berfikir di luar kotak, dan mempunyai hati perut,” kata Ameer.




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Game Plan Terbaru Muhyiddin

 


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker