Ucapan Muhyiddin bagai tawar rasuah menerusi TV

Ucapan Muhyiddin bagai tawar rasuah menerusi TV, kata Ahli Parlimen

Ahli Parlimen pembangkang membidas Muhyiddin Yassin kerana membuat pelbagai tawaran kepada mereka, dan menyifatkannya sebagai cubaan perdana menteri “merasuah menerusi televisyen.”

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata Muhyiddin dalam ucapan khasnya, yang dipancarkan ke seluruh negara jelas membayangkan beliau sudah kehilangan majoriti sokongan di Dewan Rakyat sehingga terpaksa menawarkan pelbagai insentif untuk kekal berkuasa.



Beliau berkata, apa yang disaksikan rakyat adalah “rasuah menerusi siaran TV.”

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, dengan kehilangan majoriti itu, Muhyiddin sepatutnya meletak jawatan dan menegaskan Ahli Parlimen Pagoh itu bukan dalam kedudukan untuk “menawarkan apa pun kepada sesiapa.”

“Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan amat jelas, iaitu perdana menteri hanya mempunyai dua pilihan sekiranya hilang majoriti, iaitu meletak jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen,” kata beliau.

“Apa yang beliau lakukan (membuat pelbagai tawaran) tidak selaras dengan Perlembagaan, kerana dia tidak berhak untuk membuat keputusan bagi pihak Agong. Kenyataannya jelas mencabar kuasa-kuasa Agong yang diperuntukan dalam Perlembagaan,” katanya.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking turut membidas tawaran dibuat Muhyiddin dan mendakwa ia adalah urutan tawaran dan ganjaran yang dibuat kepada Ahli Parlimen sebelum ini untuk memperkukuhkan kuasa diri.

“Apa yang disaksikan rakyat seolah-olah siaran langsung rasuah dan ‘Scheme of Things 2.0,” kata beliau merujuk kepada rakaman audio mirip suara Muhyiddin sebelum ini berhubung ganjaran yang boleh ditawarkan kepada Ahli Parlimen untuk memperoleh sokongan mereka.



Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menolak alasan Muhyiddin untuk tidak meletak jawatan sebagai satu-satunya cara memastikan pemimpin kleptokrat tidak mengambil alih.

“Selama lebih setahun, mereka sendiri memerintah dengan bantuan kleptokrat dan menyalahguna kuasa sehingga rakyat menderita, sekarang alasan kleptokrat digunakan untuk mengekalkan kuasa,” katanya. FMT

Ucapan Muhyiddin bagai tawar rasuah menerusi TV

Azlee : Jangan malu jual buah macam saya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker