Zahid bidas Speaker cabul demokrasi kerana enggan sahkan jumlah sokongan PM

Sebaran :

Keengganan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan kepada Istana Negara bahawa hanya 100 ahli Parlimen kini menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri seperti mencabuli sistem demokrasi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Facebooknya pada Jumaat mendakwa, Yang Dipertua Dewan Rakyat sekadar memaklumkan pihak media beliau tidak boleh komen mengenai komunikasi rasminya, lebih-lebih lagi melibatkan pihak istana.

“Meskipun ia hak beliau, namun persoalan tersebut amat penting untuk diketahui bagi memastikan sistem demokrasi negara tidak dalam keadaan dicabuli,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Baru-baru ini, tular satu surat yang didakwa diutuskan Azhar Azizan kepada Yang di-Pertuan Agong menyebut bahawa Muhyiddin hanya ada 100 kerusi selepas Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad meletak jawatan selaku Menteri Pengajian Tinggi dan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Azhar nafi keluar surat hilang majoriti kepada PM Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, walaupun perkara itu hak Yang Dipertua Dewan Rakyat namun persoalan tersebut penting untuk diketahui.

Beliau turut mendakwa, negara sedang ditadbir kerajaan tidak sah dan dalam penipuan.

“Ia boleh memberi implikasi terhadap pentadbiran negara termasuk dalam aspek dasar dan polisi yang dibuat oleh kerajaan tidak sah.

“Situasi ini suatu ancaman serius terhadap sistem demokrasi, kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

“Sebab ini Pemuda UMNO membuat laporan polis berkenaan dengan keabsahan status Perdana Menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Zahid bidas Speaker cabul demokrasi kerana enggan sahkan jumlah sokongan PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tidak perlu pengampunan – Najib


Sebaran :

Leave a Reply