PAS Bakal Terima DAP Kembali?

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

PAS Bakal Terima DAP Kembali?

KEDUDUKAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat goyang ketika ini. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya beliau sanggup lakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa yang kini di hujung tanduk.

Semalam beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Rata-rata ahli dan penyokong PAS menyuarakan kegusaran mereka berkenaan “whats next”.

Adakah PAS bakal terima DAP kembali? Ketika ini, sedang viral Muhyiddin Yasin telah bersetuju untuk menandatangani CSA bersama DAP bagi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Sumber mengatakan bahawa 10 Ahli Parlimen DAP di ketuai oleh Anthony Loke Siew Fook akan berkerjasama dengan PN sehingga tamat tempoh penggal.

Dalam masa yang sama 4 Ahli Parlimen Amanah yang diketuai oleh Salahuddin Ayub juga akan menandatangani CSA bagi menyatakan sokongan mereka terhadap PN.

Berdasarkan sejarah yang lalu, tidak menghairankan sekiranya PAS menerima DAP semula. Namun perkara ini sudah tentu akan mengecewakan ahli-ahli mereka yang mula faham mengenai kepentingan ukhwah dalam Islam apabila Muafakat Nasional dilancarkan.

Ketika Muafakat Nasional dimeterai akhir 2019, suasana politik Melayu-Islam berpecah belah. Dua parti Melayu-Islam iaitu PAS dan UMNO berada di pihak pembangkang, manakala Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan.

BERSATU sebagai parti politik Melayu, ketika itu bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam PH. Seperti diakui umum, kerajaan PH tidak mendukung sepenuhnya nilai Melayu-Islam berasaskan kedudukan DAP sebagai komponen paling besar bilangan Ahli Parlimen dalam PH. Secara ringkas dapat dirumuskan, DAP mempunyai pengaruh besar.

Sekiranya PAS menerima DAP bersama Muhyiddin, maka segala prinsip , janji dan sumpah PAS yang mahu bersama UMNO dan parti Melayu yang lain bergabung bagi melindungi ummah Melayu di bumi Malaysia bagaikan dusta semata-mata selama ini.

Untuk makluman, Muhyiddin tiba di kediaman Abdul Hadi di Rusila pada jam 5 petang diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ketibaan mereka disambut anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok.

Muhyiddin meluangkan masa bersama Abdul Hadi kira-kira satu jam sebelum dilihat meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Marang itu pada jam 6.10 petang.

Tidak diketahui isi perbincangan pertemuan kedua-dua pemimpin itu, namun dipercayai ada kaitan susulan perjumpaan Muhyiddin dengan ketua-ketua parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

PAS Bakal Terima DAP Kembali?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim


Sebaran :

Leave a Reply