Rider terlantar, isteri keguguran,perlu bantuan

Rider terlantar, isteri keguguran,perlu bantuan

LANGKAWI – Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemala­ngan di sini pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.

Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam di sini berkata, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.

Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.

“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.

“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengan­dung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.

Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran bayi dalam kandungan sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Isteri saya yang tidak be­kerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.

“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya yang kesakitan ke hospital,” ujarnya.

Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung ke­perluan hariannya.

“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah seba­nyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586.

Rider terlantar, isteri keguguran,perlu bantuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker