Saya tidak perlu pengampunan – Najib

Saya tidak perlu pengampunan – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu pengampunan kerna beliau tidak bersalah. Beliau juga tidak mahukan campur tangan politik dalam kes perbicarannya kerana percaya beliau di pihak yang benar.

Kenyataan beliau ini adalah kerana ada NGO yang yang mendesak pihak istana untuk memberi pengampunan kepada beliau.



Menurut Najib, ini adalah perbuatan yang didalangi sesetengah pihak yang cuba mahu memburukkan reputasi beliau.

Berikut adalah kenyataan Najib yang diambil dari media sosial beliau :-

Apabila ini menjadi beri utama portal PN MalaysiaNow dan ianya disiar secara live, kita tahu-tahu lah pihak siapa punya kerja untuk kenakan saya.



Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana pagi tadi.

Saya ulang…

Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ianya satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya.

Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campurtangan politik.



Saya amat yakin saya tidak bersalah.

Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah?

Berani kerana benar. NAJIB RAZAK

Saya tidak perlu pengampunan – Najib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker