Ismail Sabri menghadap Sultan Johor
Ismail Sabri menghadap Sultan Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghadap di Istana Pasir Pelangi hari ini.
Menurut catatan Facebook Sultan Ibrahim, Ismail tiba di Istana Pasir Pelangi pada kira-kira 10.45 pagi dan pertemuan berlangsung selama lebih sejam.
Bagaimanapun, butiran lanjut pertemuan berkenaan tidak diketahui.
Menurut sumber, selepas menghadap Sultan Ibrahim, Ismail akan bermesyuarat dengan pucuk pimpinan 26 Umno bahagian di negeri itu.
Bagaimanapun Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata, Ismail, yang juga Naib Presiden parti, mengadakan pertemuan dengan Biro Politik Umno Johor.
“Tiada (undangan). Saya difahamkan pertemuan Biro Politik, bukan dengan Ketua Bahagian,” katanya, yang juga ketua Umno Pasir Gudang.
Ismail dilihat sebagai sebagai “watak utama” dalam kalangan Ahli Parlimen Umno yang terus menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya.
Tindakan beliau dan kumpulan tersebut dilihat tidak mematuhi keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaannya.
Pertemuan Sultan Johor dan Ismail ini menyusul sehari selepas Istana Johor memberi amaran tidak akan teragak-agak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika kerajaan negeri sekarang dijatuhkan.
“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.
“Apabila wabak Covid-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu, selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah Sultan Ibrahim.
Semalam, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, juga di Istana Pasir Pelangi.
Sultan Ibrahim bertitah di Facebook bahawa baginda mengundang Perdana Menteri bagi mempersembahkan perkembangan keadaan negara ketika ini. FMT
Ismail Sabri menghadap Sultan Johor
Baca Artikel Menarik :
- Remaja perempuan dakwa dicabul bomoh ketika rawatan
- Bukan kita jumpa Agong ramai-ramai ke?
- Tembakan di TUDM Samarahan, 3 dipercayai maut
- Resepi Puding Sedut Viral, boleh buat niaga
- Cucuk vaksin aurat terdedah, tak takut dosa
- PAS Bakal Terima DAP Kembali?
Layari Laman Facebook MYKMU