Pearly-Thinaah masih ada ‘kerja rumah’
Pearly-Thinaah masih ada ‘kerja rumah’

Kuala Lumpur: Meskipun merangkul gelaran Terbuka Denmark dan muncul naib juara Terbuka Perancis, beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah masih mempunyai ‘kerja rumah’ untuk dilakukan bagi mencapai tahap prestasi terbaik mereka.
Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata, dia bangga dengan pencapaian pasangan nombor empat dunia itu, namun mengakui masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki selepas mengharungi dua kejohanan berturut-turut di Eropah.
Katanya, jadual pertandingan yang padat dan mencabar turut menguji tahap kecergasan Pearly-Thinaah, terutama ketika beraksi di Terbuka Perancis selepas mengharungi saingan di Denmark.
“Dua minggu yang panjang dan mencabar buat Pearly-Thinaah di Eropah. Aksi di Terbuka Perancis memang dijangka lebih sukar untuk mereka kerana tahap kecergasan sudah banyak digunakan di Terbuka Denmark.
“Kami sedar bahawa kami masih mempunyai ruang untuk memperbaiki diri. Kami juga belum berada pada tahap terbaik dan terus bekerja keras serta belajar daripada setiap perlawanan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek
- Jentera BN Sabah Di Melaka, Terjemah Semangat Perjuangan
- PRN: Anak Tempatan Jadi Kelebihan Siti Aisyah Di Pengkalan Batu
Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri
Pada final Terbuka Perancis, Ahad lalu, Pearly-Thinaah terpaksa akur tewas 21-10, 17-21, 16-21 kepada beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima meskipun memulakan perlawanan dengan garang untuk memenangi set pertama.
Kekalahan itu menyekat hasrat mereka untuk meraih gelaran kedua berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Denmark di Odense, yang berlangsung dari 13 hingga 18 Oktober lalu.
Pearly-Thinaah masih ada ‘kerja rumah’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tambang E-Hailing Naik, Pendapatan Pemandu Belum Tentu Bertambah
- Moga Perpaduan Ummah, Gelombang Biru Terus Subur Di Melaka
- PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.