Zii Jia ‘sangkut’ di Jerman
Zii Jia ‘sangkut’ di Jerman

Kuala Lumpur: Misi pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memburu gelaran pertama sejak Terbuka Australia 2024 terus tertangguh apabila tewas kepada pemain nombor sembilan dunia dari Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan kedua Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, sebentar tadi.
Pada aksi di Saarlandhalle itu, Zii Jia tewas 11-21, 21-13, 14-21 dalam tempoh 63 minit.
Selepas gagal menemui rentak pada set pertama, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu bangkit dengan corak permainan lebih agresif pada set kedua untuk menguasai perlawanan dan memaksa aksi ke set penentuan.
Zii Jia turut memanfaatkan pukulan kilas yang menjadi antara senjata utamanya untuk meraih mata penting sebelum mengesahkan kemenangan 21-13 bagi mengikat kedudukan.
Set penentuan berlangsung sengit pada awal permainan apabila Zii Jia yang ketinggalan 0-3 berjaya merapatkan jurang sebelum menyamakan kedudukan 8-8 dan kemudian mendahului 13-12.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek
- Jentera BN Sabah Di Melaka, Terjemah Semangat Perjuangan
- PRN: Anak Tempatan Jadi Kelebihan Siti Aisyah Di Pengkalan Batu
Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri
Bagaimanapun, Naraoka kembali menguasai permainan ketika saat genting apabila memadamkan kelebihan Zii Jia sebelum melebarkan jurang kepada 18-13 dan menoktahkan kemenangan 21-14.
Kemenangan itu menyaksikan Naraoka kini mendahului rekod pertemuan 4-3 selepas tujuh perlawanan menentang Zii Jia.
Meskipun terkandas di pusingan kedua, Zii Jia menunjukkan perkembangan positif dalam permainannya selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini, termasuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Artik di Finland awal bulan ini.
Zii Jia ‘sangkut’ di Jerman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tambang E-Hailing Naik, Pendapatan Pemandu Belum Tentu Bertambah
- Moga Perpaduan Ummah, Gelombang Biru Terus Subur Di Melaka
- PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.