Zii Jia positif, prestasi semakin baik

Zii Jia positif, prestasi semakin baik

Zii Jia positif, prestasi semakin baik
PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.

Kuala Lumpur: Meskipun tersingkir di pusingan kedua Terbuka Hylo, pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tetap melihat perkembangan positif dalam permainannya selepas mengharungi cabaran di Finland dan Jerman.

Zii Jia berkata, dia berharap semangat dan keazamannya untuk terus berjuang meskipun berdepan masalah kesihatan sebelum kejohanan dapat dilihat menerusi persembahannya dalam dua perlawanan di Saarbrucken.

“Semua sudah mengetahui keadaan saya sebelum kejohanan bermula, tetapi saya berharap keazaman untuk terus berjuang mengatasi keadaan itu dapat dilihat menerusi dua perlawanan saya di Saarbrucken.

“Secara keseluruhan, ada kemajuan dicapai selepas beraksi di Finland dan Jerman,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Zii Jia mula menunjukkan petanda kebangkitan selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Artik di Finland, awal bulan ini.

Dia kemudian beraksi di Terbuka Hylo, namun mengalami demam panas dan muntah sehari sebelum perlawanan pusingan pertama menentang pemain Singapura, Jason Teh.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalangnya daripada turun beraksi sebelum mencatat kemenangan dalam pertarungan tiga set.

Langkah pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain nombor sembilan dunia dari Jepun, Kodai Naraoka, 11-21, 21-13, 14-21 dalam tempoh 63 minit.

Mengulas pertemuan dengan Naraoka, Zii Jia menyifatkan perlawanan menentang pemain Jepun itu sentiasa sengit dan mencabar.

“Setiap kali bertemu Kodai Naraoka, perlawanan memang sentiasa sengit dan mencabar,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan misi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu untuk memburu gelaran pertama sejak Terbuka Australia 2024 terus tertangguh.

Zii Jia positif, prestasi semakin baik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Sayang Rakyat, Terus Semarakkan Gelombang Biru Di Melaka

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker