Anggota TUDM tembak 3 rakan sebelum tembak diri sendiri

Anggota TUDM tembak 3 rakan sekerja sebelum tembak diri sendiri, kata polis

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden tembakan di sebuah kem TUDM Sarawak pagi tadi dipercayai menembak tiga rakan sekerja sebelum menembak dirinya sendiri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail memberitahu FMT, ini berdasarkan siasatan awal dan mereka masih menyiasat tembakan itu.



Katanya, kejadian itu berlaku sekitar 7.50 pagi tadi di sebuah balai pengawal di Kem TUDM Kota Samarahan, dengan tiga anggota ditemui mati dan seorang lagi cedera parah.

Beliau berkata, anggota TUDM yang cedera itu kemudiannya dibawa ke Pusat Jantung Sarawak untuk rawatan, tetapi meninggal dunia pada 9.25 pagi.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Hospital Umum Sarawak akan ke tempat kejadian. Siasatan masih dijalankan.” katanya. FMT

Sekurang-kurangnya tiga anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dipercayai maut dan seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di Kem SKN 330 TUDM CRC, Kota Samarahan pagi tadi.



Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Anggota TUDM tembak 3 rakan sebelum tembak diri sendiri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker