Siasatan dedah kanak-kanak muslim di Mesir dijadikan anak angkat keluarga Kristian

Siasatan dedah kanak-kanak muslim di Mesir dijadikan anak angkat keluarga Kristian. Beberapa kanak-kanak Muslim Mesir dilaporkan diseludup pihak berkuasa pendudukan Israel pada tahun 1970-an ke Eropah untuk dijadikan anak angkat oleh keluarga Kristian, lapor Arabi Post.

Perkara ini dedahkan ketika siasatan dilakukan oleh pengawal selia negara itu, yang mengesahkan bahawa penyeludupan kanak-kanak untuk dijadikan anak angkat adalah haram.

Pada awal tahun 1970-an, tiga kanak-kanak yang ditinggalkan ditemui di bandar El-Arish di Sinai Utara dan mereka diserahkan kepada pihak berkuasa haram Israel yang menduduki semenanjung ketika itu.  

Panglima Tentera Kerajaan dan Menteri Kesejahteraan Israel pada ketika itu memutuskan untuk menghantar mereka untuk dijadikan sebagai anak angkat di Eropah.

Ketika penyiasatan kes tersebut, yang secara terperincinya didedahkan baru-baru ini, pengawal selia negara menemukan bukti lain di mana seorang bayi yang dilahirkan oleh keluarga Muslim di luar perkahwinan juga dihantar untuk diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Kristian di Eropah. 

Ibu kepada bayi tersebut dalam kes ini memberi kebenaran bertulis kepadanya.

Menurut dokumen rasmi yang baru dikeluarkan, ketika kes-kes ini didedahkan, dua kanak-kanak telah diserahkan kepada keluarga baru dan dua lagi bakal diserahkan.  

Kakitangan di pejabat pengawal selia negara tidak berpuas hari dengan pendapat penasihat undang-undang Kementerian Kebajikan dalam isu tersebut.

Berikutan itu, mereka meminta pendapat daripada jabatan perundangan mereka sendiri.

Wakil Pengawal Selia Negara, Shmuel Hollander, menjawab bahawa melakukan urusan melibatkan kanak-kanak adalah haram dan tidak dapat diterima secara moral.

Beliau menegaskan bahawa menyerahkan kanak-kanak keluarga Muslim kepada keluarga Kristian di Eropah adalah pelanggaran undang-undang tempatan di Sinai, dan juga undang-undang antarabangsa. 

Pada masa sama, beliau memetik artikel dari konvensyen Geneva dan perjanjian lain.

Pakar undang-undang itu menambah, perkara yang betul untuk dilakukan adalah menghubungi kepemimpinan masyarakat setempat, organisasi kebajikan di Tebing Barat yang diduduki atau Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. – Agensi

Siasatan dedah kanak-kanak muslim di Mesir dijadikan anak angkat keluarga Kristian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Persatuan Ulama’ Malaysia beri teguran homartilah titah Raja-Raja Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker