Muhyiddin Mengadap Hadi

Sebaran :

DRAMA kemelut politik Malaysia berada ditahap yang sangat membimbangkan. Para Menteri dan Ahli Parlimen sedang sibuk melakukan pertemuan bagi merancang strategi masing-masing.

Terkini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggunakan alasan lawatan kerja ke Terengganu untuk mengadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau dijadual melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini pada pukul 4 petang.

Difahamkan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, petang semalam, beliau mempengerusikan mesyuarat khas melibatkan kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) selama dua jam yang berakhir pukul 7 malam.

Antara yang hadir termasuk, Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Setiausaha Agong PN merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Mesyuarat tersebut dipercayai bagi menentukan konsensus PN berkenaan kedudukan Muhyiddinsebagai Perdana Menteri. Untuk makluman, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati ahli-ahli PAS tentang persedian menerima hakikat kerajaan dokongan nya bakal tumbang.

Nampaknya, Muhyiddin sangat terdesak sehingga memaksa beliau mengadap Hadi. Minta “nyawa” kah?

– Nurul Aisyah


Sebaran :

Leave a Reply