Shuib Tak Akan Basuh Telekung Putih Arwah Siti Sarah

Shuib Tak Akan Basuh Telekung Putih Arwah Siti Sarah

Biarpun ja­sad isteri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sudah tiada, barang-barang miliknya dan kenangan manis hidup bersama selama 11 tahun akan mekar dalam ingatan pelawak, Shuib.

Shuib atau nama lengkap­nya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, salah satu daripada barangan itu ialah sehelai te­lekung kegemaran arwah iste­rinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya.

Kata Shuib, telekung berwarna putih yang selalu dipakai pelantun lagu Kesetiaan itu kini menjadi peninggalan pa­ling berharga untuk dikenang dan menemani hidupnya selain empat zuriat mereka.

“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahukbar.

“Insya-Allah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana,” kata Shuib usai majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan secara maya malam kelmarin.

Majlis tahlil dan doa selamat melibatkan kira-kira 600 orang itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

GAMBAR kenangan Shuib dan aarwah isterinya, Siti Sarah.

Bercerita lanjut mengenai kehidupan tanpa isteri di sisi, Shuib memberitahu, ia ibarat mimpi, namun sedikit demi sedikit dia sudah mula mene­lan realiti pahit tersebut.

“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, juara Raja Lawak musim ketiga itu menyifatkan bayi keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu sebagai hadiah paling berharga daripada arwah isterinya.

“Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami,” katanya.

Dalam pada itu, hasrat Shuib untuk menatap wajah Ayash Affan semalam terpaksa dipendamkan atas nasihat pihak hospital bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid-19.

Pengurus Siti Sarah, Nana Mohammad Rom berkata, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz menghubungi Shuib dan berbincang mengenai lawatan ke atas Ayash Affan yang dilahirkan pramatang.

“Shuib juga memahami si­tuasi pandemik kerana dia juga amat mementingkan kesihatan bayi serta semua yang berada di wad dan sedia menanti sehingga keadaan bayinya betul-betul sihat,” katanya.

Alahyarham Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi disebabkan jangkitan Covid-19. -K! ONLINE

Shuib Tak Akan Basuh Telekung Putih Arwah Siti Sarah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Allah Sayang Sangat Dengan Ibu, Dia Tak Akan Pulangkan’, Saat Shuib Terangkan Kepada Anak Anaknya.[VIDEO]

Kuatkan Semangat Shuib..Kami Ada Untuk Anda – Sharnaaz Ahmad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker