Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid

Sebaran :

Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan tindakan segelintir pihak menimbulkan syak wasangka berhubung ketetapan parti itu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, persoalan ‘what’s next’ (apa tindakan seterusnya) yang ditimbulkan pihak terbabit bertujuan menimbulkan rasa ragu terhadap perjuangan UMNO untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

Katanya, keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu secara jelas menyatakan ‘what’s next’ jika dibaca dan dihayati dengan hati jujur.

“Ia terkandung dalam perkara tujuh hingga sembilan (kenyataan UMNO) iaitu perkara tujuh, UMNO mendesak Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh terhad.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Perkara lapan pula, tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani COVID-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi serta imunisasi dapat disegerakan untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan seperti terhasrat dalam titah Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara ke sembilan, selepas berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu perlu segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook. BH

Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT


Sebaran :

Leave a Reply