Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik

Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik . Polis sedang menyiasat satu gambar memaparkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang dipasang secara terbalik, yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan gambar berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi, dipercayai dipasang di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Penggaram, di sini.

Katanya, bertindak atas maklumat yang diterima, pada pukul 3.45 petang pihaknya telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera itu telah diturunkan selain bangunan itu telah ditutup.

“Kini pihak polis sedang berusaha mengesan pekerja dan penyelia PDK berkenaan untuk membantu siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini (Isnin).

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil

Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker