Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar

Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar

Zahid bersumpah tidak sokong Anwar jadi PM, tolak kerjasama dengan PH, kata Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan hari ini mendedahkan bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan Ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri atau bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Maslan berkata, ketegasan Zahid itu ketika mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Umno bagi menjelaskan pendirian parti.

“Baru-baru ini ada pertemuan Ahli Parlimen Umno dengan Presiden. Saya ingin menyatakan di sini bahawa ada tuduhan kepada Presiden yang beliau akan membawa Umno bersama PH dan DAP.

“Presiden bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar untuk jadi Perdana Menteri dan tidak akan bersama dengan PH, DAP.

“Saya ada ketika itu. Baru sehari dua ini pertemuan itu,” katanya menerusi soal jawab di NR Channel TV malam ini.

Menurutnya, rundingan bersama Ahli Parlimen Umno yang belum menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin masih berjalan bagi menerangkan hala tuju parti, selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menarik sokongan kepada kerajaan hari ini.

Selain itu, katanya, 15 Ahli Parlimen Umno yang telah menarik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin juga berpendirian tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri atau bekerjasama dengan PH.

“Tak betul kata kita akan kerjasama dengan PH. Mereka mana ada majoriti, pembangkang ada 105 mungkin, tak sampai 111 untuk bentuk kerajaan dan Umno tak akan sokong.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Apa yang akan berlaku selepas Ahli Parlimen tarik sokongan kepada (kerajaan PN pimpinan Muhyiddin), itu strategi kita yang saya tak boleh sebut. Tapi pokok pangkalnya selepas tarik sokongan kita serah kepada kebijaksanaan Agong membuat keputusan,” katanya.

Ahmad Maslan turut menegaskan, MKT pada 7 Julai lalu jelas menarik sokongan untuk Muhyiddin dan meminta Perdana Menteri baharu dilantik sehingga kes Covid-19 reda untuk Parlimen dibubarkan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

Krisis politik timbul apabila Zahid mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti susulan Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menarik balik sokongan.

Ini menyebabkan Ahli Parlimen Umno berpecah kepada dua kumpulan, iaitu sama ada mengikut keputusan parti atau terus kekal dalam kerajaan PN. FMT

Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker