Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

BAGAIKAN mengata dulang paku serpih kenyataan biadap Nazri Aziz baru-baru ini. Beliau mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa yang sangat tidak sopan. Namun rakyat Malaysia tahu sikap sebenar Nazri yang selama ini sering “flip flop” dalam mengeluarkan kenyataan.

Dalam perkara ini, DS Najib membidas kata-kata pedas dilemparkan Nazri Aziz terhadapnya berhubung pendirian parti mengenai kerajaan Perikatan Nasional (PN), dengan berkata rakyat patut membuat penilaian berdasarkan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Rengas itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pada Januari lalu Nazri mengumumkan menarik balik sokongan kepada PN dan mendakwa Muhyiddin Yassin telah kehilangan sokongan majoriti.



Sebelum itu pada tahun lalu, Nazri dilaporkan berkata beliau tidak pernah menyokong PN dan “memang penyokong Muafakat Nasional”, iaitu gabungan antara Umno dan PAS yang turut menjemput penyertaan Bersatu.

Malah, pada September 2018, Nazri secara terbuka menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim yang bertanding untuk pilihan raya kecil Port Dickson, malah berkempen untuknya.

Setahun kemudian, Nazri mengulangi sokongan untuk Anwar, tetapi turut berkata akan terus kekal dalam Umno.

Pada Mac 2019, Nazri berkata, PAS dan Umno patut bekerjasama dan memohon maaf kerana menolak PAS sebelum itu.



Setahun sebelumnya, Najib berkata, Nazri menyatakan beliau lebih suka Umno bekerjasama dengan PKR dan DAP berbanding PAS.

“Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya,” Najib, itu jawapan beliau ketika diminta mengulas laporan memetik Nazri sebagai melabelkan beberapa Ahli Parlimen sebagai pembohong yang didakwanya mengingkari janji mereka untuk menyokong PN.

Najib sebelum ini mempersoalkan dakwan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong PN.

Nazri dipetik The Vibes sebagai berkata: “Tolong hantar mesej saya kepada Najib. 40 Ahli Parlimen yang bertemu hari itu, kami berbincang dan bersetuju, kami tidak kisah menyokong PN, walaupun tidak menyokong Muhyiddin.”



Nazri dipetik portal itu menggunakan perkataan “you bloody liars” dan merujuk Najib sebagai “that b******”, dengan berkata Najib bersuara dalam pertemuan itu, begitu juga Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung Umno.

“Sekarang, dia (Najib) berpusing dan bersenda, dengan berkata hanya 31 Ahli Parlimen menyokong PN. Itu sebab dia berbohong,” katanya dipetik portal itu.

Sepuluh kenyataan Nazri satu pun tak boleh pakai perumpamaannya. “U-turn” itu dilihat sudah biasa bagi beliau.

– Nurul Aisyah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker