Najib jangka sokongan Muhyiddin hanya kurang dari 100

Najib jangka sokongan Muhyiddin hanya kurang dari 100

Najib jangka Muhyiddin hanya dapat sokongan kurang 100 Ahli Parlimen

Bekas perdana menteri, Najib Razak membuat spekulasi sokongan diraih Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kurang daripada 100 Ahli Parlimen.

“Bukan 102. Sebenarnya kurang daripada 100 setakat ini.

“Mungkin 90-95 nanti atau kurang lagi,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, sidang media baru-baru ini mengatakan 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokongnya adalah bukti kukuh beliau hilang sokongan majoriti.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tambahan, katanya, jumlah sokongan diperoleh Muhyiddin semakin berkurangan kerana ada kalangan daripada senarai 31 Ahli Parlimen itu meletak jawatan dalam kerajaan dan mengeluarkan kenyataan menafikan mereka menyokong Perdana Menteri.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen BN, ada 12 lagi wakil rakyat BN masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional, namun tidak dapat menghadiri sidang media pada Jumaat.

Selasa lalu, Muhyiddin mengesahkan lapan Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan terhadapnya.

Najib berkata, jika Muhyiddin benar-benar mempunyai sokongan majoriti, beliau akan mengadakan undian serta-merta bagi menghapuskan keraguan berhubung keabsahannya, bukannya menunggu sehingga bulan depan untuk Parlimen bersidang semula.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, penukaran Perdana Menteri tidak akan menyebabkan kerajaan berhenti berfungsi.

Buktinya, beliau berkata, kerajaan tidak lumpuh ketika Muhyiddin dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana mengalami cirit-birit akhir Jun lalu serta memberi contoh di Amerika Syarikat dan Jepun.

“Jika kerajaan akan lumpuh sebab semua bergantung pada PM sahaja, maka ianya adalah risiko amat besar.

“Kerajaan tetap jalan, cuma dasar akan berbeza.”

“AS tak dijahanamkan apabila Joe Biden ganti Donald Trump Januari lalu di tengah pandemik. Jepun juga tak jahanam apabila Yoshihide Suga ganti Shinzo Abe pada September lalu di tengah pandemik.”

Najib berkata, seluruh negara akan terus memfokuskan isu itu sebulan lagi, bukannya pada krisis Covid-19 atau ekonomi, selagi keabsahan Muhyiddin tidak diselesaikan secepat mungkin.

“Jadi, ianya lebih adil kepada negara dan rakyat bahawa undian berlaku secepat mungkin dan bukan sebulan lagi.

“Kalau dah gagal segagalnya mengawal Covid, menjaga ekonomi dan untuk usaha membeli/mengugut katak, walaupun diberi kuasa penuh darurat tujuh bulan dengan seluruh jentera kerajaan, maka ianya sudah tiba masa untuk menerima realiti dan memberi laluan kepada pemimpin lain.”

Katanya, agak mustahil untuk pengganti Muhyiddin menjadikan Malaysia lebih teruk dan paling parah dari segi Covid-19 dan ekonomi di seluruh negara.

“Bagaimana nak jatuh ke paling corot, sekiranya sudah paling corot?” FMT

Najib jangka sokongan Muhyiddin hanya kurang dari 100

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker