Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Sebaran :

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti, tanya pemimpin Umno

Adakah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bersetuju dengan penangguhan pemilihan Umno atau sebaliknya?

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno membangkitkan persoalan itu, selepas parti terbabit menerima dua surat berbeza dari JPPM.

Razlan Rafii berkata, surat pertama bertarikh 19 Julai yang diterima parti pada 23 Julai lalu menyatakan JPPM “tiada bantahan” untuk pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan.

Surat itu turut menyatakan penangguhan berkenaan sejajar Fasal 10.16 perlembagaan Umno.

Bagaimanapun, surat kedua yang dihantar kepada Umno hari ini menyatakan penangguhan selama 18 bulan itu tifak sah.

“Mengapa terdapat dua surat? Apa alasannya?” soalnya.

Terdahulu, sejumlah Ahli Parlimen Umno hari ini mengadakan sidang media menyuarakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinan, bertentangan dengan arahan Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Razlan berkata, rekod tertinggi hampir 21,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dan tidak selamat untuk mengadakan pemilihan parti.

“Adakah berlaku campur tangan politik yang tiba-tiba menyebabkan penangguhan itu dianggap tidak sah?” soalnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, terpulang kepada pemimpin parti untuk merayu kepada JPPM kerana keputusan itu dibuat badan berwibawa.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bagaimanapun, ia tidak bermakna pemilihan Umno perlu diadakan segera, susulan lonjakan kes Covid-19.

“Selepas pandemik Covid-19 berakhir, pemilihan boleh diadakan, namun mereka tidak boleh menunggu sehingga 18 bulan,” katanya kepada FMT.

Nazri, antara pemimpin Umno yang menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin, mendakwa Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi mungkin mahu menangguhkan pemilihan parti sehingga pilihan raya umum seterusnya berakhir.

“Jika Zahid menangguhkan pemilihan parti, beliau masih menjadi Presiden dan memutuskan calon yang akan bertanding.”

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilihan parti perlu diadakan secepat mungkin sejurus situasi Covid-19 bertambah baik. FMT

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat


Sebaran :

Leave a Reply