Perlantikan Ahmad Zahid Dilantik Berdasarkan Hierarki Parti – Ahmad Maslan

Perlantikan Ahmad Zahid Dilantik Berdasarkan Hierarki Parti – Ahmad Maslan

Pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan berunsurkan kepentingan politik, tetapi dibuat dengan mengambil kira kedudukannya dalam hierarki parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan kedua tertinggi negara itu juga, bertujuan memberikan kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk selepas tiada parti memperolehi majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat.



“Tidak pernah satu Kabinet pun yang tidak menerima kritikan… berapa banyak kali kita melihat ada satu perkara yang 100 peratus sempurna. Mesti ada pihak yang tidak bersetuju di sana sini.

“Jika kita memberikan kepada orang lain selain Presiden (Ahmad Zahid), kestabilan itu agak tercabar. Kestabilan pertama dalam UMNO dan kedua dalam Kerajaan Perpaduan itu sendiri.

“Oleh itu kita ingin kestabilan dan mengikut hierarki parti satu perkara yang sesuai dibuat pada saat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ceramah di Kampung Pianggu di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.



Selain Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Ditanya mengenai penerimaan parti terhadap keputusan barisan jemaah Kabinet, Ahmad berkata maklum balas positif diterima daripada peringkat akar umbi parti.

“Kita sedar kita hanya ada 30 kerusi dan enam wakil (menjadi menteri) pada pandangan kita Alhamdulillah, walaupun kita meminta lebih. Kita tunggu senarai timbalan menteri pula,” katanya. – BERNAMA

Perlantikan Ahmad Zahid Dilantik Berdasarkan Hierarki Parti – Ahmad Maslan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker