Penasihat Khas Baharu Muhyiddin Bertaraf Penipu?

Penasihat Khas Baharu Muhyiddin Bertaraf Penipu?

RAKYAT terkejut dengan pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri. Beliau merupakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Tambun dan bekas Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi. Perkara ini mengundang kontroversi memandangkan beliau pernah dikaitkan dengan isu ijazah palsu.



Memetik artikel Malaysia Today, Pada 11 Jun 2018 dilaporkan terdapat penularan di media sosial yang mempersoalkan kelulusan Ahmad Faizal sama ada beliau benar-benar berjaya mendapat Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth Australia, sebagaimana yang telah diwar-warkan di dalam profil professional di dalam Wikipedia, poster-poster di media sosial dan whatsapp.

Akhirnya beliau membuat pengakuan “Saya secara terbuka mengatakan saya memang pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara namun, saya tidak berjaya membawa pulang sijil ijazah.”

Mungkinkah Muhyiddin terlepas pandang isu ijazah palsu ini? Persoalannya mengapa Ahmad Faizal dilantik sebagai penasihat Khas lagi sedangkan Muhyiddin telah mempunyai sangat ramai penasihat?

Senarai mereka yang menasihati Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.



1. Ketua Setiausaha Sulit
2. Timbalan Ketua Setiausaha Sulit
3. Penasihat Khas Kesihatan Awam
4. Setiausaha Politik Kanan
5. Setiausaha Politik 1
6. Setiausaha Politik 2
7. Pegawai Khas 1
8. Pegawai Khas 2
9. Setiausaha Sulit Kanan
10. Setiausaha Akhbar 1
11. Setiausaha Akhbar 2
12. Setiausaha Akhbar 3

12 orang bertugas di Pejabat Perdana Menteri. Tak cukup lagi, ditambah seorang lagi Penasihat Bertaraf Menteri.

Tak cukup dengan itu, ada 70 orang Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, Duta Khas, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan ramai lagi.

Dan kesemua mereka ini dibayar dengan hasil wang rakyat setiap bulan.



Muhyiddin dilihat sebagai Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah negara. Rakyat sedang menderita. Ekonomi sangat teruk namun tanpa ragu-ragu beliau dengan mudah menambahkan lagi beban rakyat apabila melantik seorang lagi penasihat khas yg terpalit dengan isu ijazah palsu.

Rakyat mempersoalkan bagaimana seorang yang terpalit dengan isu ijazah palsu mampu memberi nasihat lebih baik daripada dua belas penasihat, 70 jemaah menteri dan timbalan menteri serta Duta Khas, Ketua Setiausaha Negara, Peguam negara dan yang lain-lain sedia ada. Kerajaan Muhyiddin ternyata GAGAL!
– Nurulaisyah

Penasihat Khas Baharu Muhyiddin Bertaraf Penipu?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker