Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM

Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak takut untuk melawan dan berjuang bagi membersihkan namanya daripada pertuduhan mencuri duit Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di mahkamah.

Beliau mendakwa pertuduhan tersebut adalah ugutan politik dan menegaskan, tidak akan tunduk kepada sebarang desakan dan memastikan kebenaran akan dibuktikan kelak.



“Pelik dan ajaib apabila parti yang menuduh saya mencuri duit parti telah menghantar Ketua Armadanya sebelum saya didakwa di mahkamah untuk memujuk saya kembali menyokong Perdana Menteri dan Perikatan Nasional.

“Sifirnya seperti inilah, jika seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) telah menipu duit syarikat tetapi pada masa yang sama syarikat berkenaan masih mahu mengekalkan beliau dan memujuk beliau datang semula, apakah perkara ini munasabah?” soalnya dalam satu hantaran video di Twitternya malam ini.

Hari ini pengasas bersama MUDA itu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.



Ahli Parlimen Muar itu berdepan dua tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker