Undi Percaya, Kenapa Bulan September?

Kenapa Undi Percaya perlu dibuat pada bulan September? Kenapa tidak sekarang? Viral di media sosial bunyi suara katak. Tak cukup dengan bunyi, gambar katak juga bertaburan disemua platform media sosial.

Kegagalan pemerintahan kerajaan Muhyiddin Yassin menyebabkan rakyat mula memberontak. Kita bercakap mengenai rakyat yang tidak ada kepentingan politik. Mereka yang tertekan dengan keadaan Covid 19 yang semakin tidak terkawal, rakyat yang kehilangan mata pencarian, kehidupan rakyat yang tidak mampu diteruskan seperti biasa dan ekonomi negara yang sangat teruk berbanding dengan negara Asia yang lain.

Namun kerajaan Muhyiddin hanya dilihat sekadar melepaskan batuk ditangga dalam menangani isu-isu tersebut. Beliau lebih berminat berusaha mengekalkan kuasa. Malah Muhyiddin langsung tidak mahu bertanggungjawab atas semua masalah yang timbul.



Ramai pihak mempertikaikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.Beliau yang mahu undi percaya di Sidang Parlimen pada September ini bagi menentukan keabsahannya dikritik. Di media sosial penuh dengan tuduhan dan andaian bahawa Muhyiddin meletakkan tarikh september atas sebab mahu “buying time” “membeli sokongan” ahli-ahli Parlimen.

Sepatutnya Muhyiddin sedar bahawa sebuah kerajaan yang bersandarkan kepada Surat Akuan Bersumpah (SD) sangat tidak stabil. Jika beliau seorang yang bermaruah maka bubarkan Parlimen dan adakan Pilihanraya UMUM secepat mungkin. PRU15 boleh dilaksanakan dengan SOP yang ketat. Kita tidak lagi mampu menjadikan Covid 19 sebagai alasan. “Life goes on” .

Untuk makluman,

Apa yang dimaksudkan dengan undi percaya, dan bagaimana proses tersebut dari sudut perlembagaan? Menurut pandangan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.



1. Undi percaya adalah antara cara menentukan kepercayaan ahli Dewan kepada Perdana Menteri atau kerajaan dan ia mempunyai beberapa tujuan.

2. Undi percaya boleh diminta Perdana Menteri secara umum berkaitan jawatannya, tanpa merujuk kepada Rang Undang-Undang atau dasar.

3. Tujuan undi percaya ialah untuk mendapatkan kepastian bahawa Perdana Menteri masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Di negara kita, amalan mendapatkan undi percaya ini dibuat ketika Perdana Menteri baharu mengambil jawatan tanpa melalui pilihan raya. Amalan ini, walau bagaimanapun tidak didapati dalam bentuk undang-undang bertulis.

4. Sekiranya Perdana Menteri gagal mendapat undi percaya, ia boleh ditafsir sebagai undi tidak percaya. Ini sekali gus menunjukkan undi percaya mempunyai kesan ke atas kedudukan kerajaan.



5. Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan supaya hanya seseorang yang mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat boleh dilantik sebagai Perdana Menteri – Perkara 43(2)(a).

6. Perkara 43(4) pula menyatakan: “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

7. Sekiranya Perdana Menteri enggan meletak jawatan setelah dibuktikan dengan undi tidak percaya dan permintaan beliau untuk membubarkan dewan tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, boleh dipecat oleh Baginda.

8. Perlembagaan Persekutuan dan negeri serta Peraturan Mesyuarat tidak mempunyai peruntukan khusus berkenaan prosedur bagi menentukan kepercayaan atau hilangnya kepercayaan kepada kerajaan.



9. Pada peringkat negeri, negeri Perak adalah negeri pertama yang pernah membawa usul undi percaya, tetapi Menteri Besar telah gagal mendapatkan undi tersebut. Kegagalan itu telah menyebabkan pertukaran Menteri Besar di negeri terbabit.

– Nurul Aisyah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker