Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19

Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19. Amanah hari ini mengumumkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir meninggal dunia.

Shazni sebelum ini menjalani rawatan Covid-19 dan beliau disenaraikan pesakit Kategori 5 kurang seminggu lalu.

Shazni dirawat untuk Covid-19 dan beliau disenaraikan sebagai pesakit Kategori 5 kurang seminggu lalu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” kata Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi di Facebook parti itu.

Pada 19 Julai lalu, Shazni mengumumkan dirinya positif Covid-19, selepas mengalami demam panas dan sakit di seluruh badan.

Beliau kemudiannya dilaporkan dalam keadaan kritikal pada 24 Julai.

Allahyarham yang dilantik sebagai Ketua Pemuda PH pada 5 Mac lalu, meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Isteri dan anaknya turut disahkan positif Covid-19.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Panggil sidang khas jika kamu ada angka

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker