Hari itu kata 40, kini cuma 31

Hari itu kata 40, kini cuma 31

Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tentang jumlah ahli parlimen BN yang menyokong Muhyiddin dan PN.

Kata beliau sebelum ini Ismail Sabri ada mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 40 ahli parlimen Bn yang menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.

Bagaimanapun jumlah tersebut berlainan dengan apa yang diumumkan Ismail Sabri di dalam sidang media khas hari ini.

Jumlah yang diumumkan adalah seramai 31 orang dan daripada 31 orang yang hadir hanya 21 orang.

Najib Razak terus mempersoalkan adakah Muhyiddin masih mempunyai majoriti jika jumlah sokongan itu sudah berkurangan dari 40 ke 31 atau 21?

Tambah Najib Razak lagi begitu lama dengan kuasa penuh darurat “scheme of thing” selama 7 bulan untuk pujuk dan mengugut, bagaima angka tersebut semakin mengecil ?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Berikut adalah luahan Najib Razak semalam :

Ada yang bersama ketika senang.

Ada yang bersama ketika susah.

Namun, tidak ramai yang kekal kerana siapa hendak susah jika boleh senang?

Mereka yang hanyut dalam keselesaan akan terus dikaburi oleh keselesaan.

Lihatlah keadaan kita hari ini.

Siapa boleh terima rakyat sengsara, rakyat hilang nyawa?

Maaf. Saya tidak boleh.

“Fokus pada Covid. Jangan ganggu kerajaan”

Sudah setahun lebih kita dengar.

“Negara semakin menghampiri kejayaan mengurus Covid”

Serius? Cuba balik ke kawasan masing-masing dan laungkan ini kepada rakyat.
Pergilah.

Rakyat akan tepuk bahu dan kata “betul, syabas, good job, PN terbaik”?

Permainan kata-kata sebegini lebih elok simpan dan guna dalam bengkel motivasi korang, sekali dengan joget.

Bukan dalam pentadbiran negara dan komunikasi bersama rakyat.

Kepimpinan kerajaan jelas telah membuat kesilapan demi kesilapan.

Hari itu kata 40, kini cuma 31

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker