Noraini tutup telefon, dia serabut – Ismail Sabri

Sebaran :

Noraini tutup telefon, dia serabut – Ismail Sabri

Ada MP UMNO gagal dihubungi, fikiran kusut

KUALA LUMPUR: Beberapa menteri dan Ahli Parlimen UMNO tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pendirian sama ada mahu kekal menyokong kerajaan atau sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara yang gagal dihubungi ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ismail Sabri berkata, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, ada mengadu dan memaklumkan fikirannya berkecamuk dan kusut memikirkan perkara itu.

“Noraini tutup telefon. Dia pun serabut, pening kepala. Dia ada mengadu pada saya semalam.

“(Ahli Parlimen Kinabatangan) Datuk Seri Bung Moktar Radin pula dah balik Sabah dan tidak dapat dihubungi. Kita akan terus menghubungi mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), selaras titah Yang di-Pertuan Agong.

Selain Ismail Sabri, 17 lagi Ahli Parlimen yang hadir adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Selain itu, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Maran), Mohd Shahar Abdullah (Payar Besar), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu), Datuk Salim Sharif (Jempol), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri M Saravanan (Tapah).

Tiga Ahli Parlimen yang menandatangani pendirian berkenaan namun tidak hadir adalah Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin).

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan, 10 lagi Ahli Parlimen yang tidak hadir turut bersetuju dengan pendirian berkenaan iaitu Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong).

Selain itu, Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan), Datuk Mohamad Alamin (Kimanis), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).

Semua 10 Ahli Parlimen itu menyatakan persetujuan untuk kekal menyokong kerajaan itu, namun belum menurunkan tandatangan kerana tidak dapat hadir pertemuan atas faktor urusan rasmi dan beberapa perkara lain. BH

Noraini tutup telefon, dia serabut – Ismail Sabri

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut


Sebaran :

Leave a Reply