6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Enam pegawai dan anggota polis antara 66 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi, Johor, semalam.

Dalam Operasi Hiburan jam 1.30 pagi semalam itu, seramai 66 individu termasuk 12 warga asing berusia antara 17 hingga 45 tahun ditahan ketika serbuan dilakukan Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Menurut sumber, daripada 66 individu berkenaan, enam daripadanya adalah pegawai dan anggota polis yang bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Johor.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saringan air kencing dilakukan mendapati, dua pegawai dan dua anggota polis itu positif dadah. Dua lagi anggota negatif dadah selepas saringan dilakukan terhadap semua penjawat awam itu.

“Secara keseluruhannya, 41 individu positif dadah hasil saringan dilakukan. Pasukan serbuan juga merampas beberapa jenis dadah iaitu serbuk ekstasi dan pil ekstasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan soal siasatan dilakukan terhadap suspek yang positif dadah mendapati mereka mengaku mengambil bekalan dadah di dalam pusat hiburan itu daripada individu dikenali dengan gelaran ‘doktor’.

“Difahamkan individu berkenaan (doktor) itu sudah ditahan pihak polis dan soal siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti dari mana bekalan dadah diperolehi.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Selain itu, pihak polis turut mengeluarkan 66 kompaun atas kesalahan mengadakan aktiviti sosial atau terlarang mengikut Peraturan 17 Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya. HM

6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker