Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]

Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama’, gurau MB Kedah dikecam ahli politik, netizen

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, sekali lagi menjadi sasaran kritikan di media sosial berikutan kenyataan kontroversi, “kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama”.

Komen beliau itu bukan sahaja memberi “peluru” kepada pembangkang mengkritik ulasan tidak sensitif di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, malah dibidas warganet.

Hari ini sahaja, seramai 160 rakyat maut akibat Covid, menjadikan angka keseluruhan mangsa meninggal dunia kesan wabak itu 10,179.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Sanusi menteri mempunyai masalah bercakap tanpa adab.

“Kalau dah gagal jaga rakyat, jangan jadi kurang ajar pula,” katanya dalam Twitter.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sementara itu, peguam dan aktivis, Syahredzan Johan, menyelar sikap Sanusi membuat lawak tidak kena pada tempatnya.

“160 orang mati hari ini, beliau boleh buat ‘lawak’ macam ini,” katanya yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, komen Sanusi itu mengundang kecaman rakyat menerusi akaun daripada Edd, yang menyatakan “masukkan nama dia (Muhammad Sanusi).

Shamala V.M berkata, “Kepemimpinan tanpa empati)”, manakala pemilik akaun AttyIsmail pula berpandangan, “punye tak tahu & tak peduli perasaan orang?…apa punya bala la.”

Nazmi/Roronoa pula berpandangan, “semoga rakyat Kedah tak bangang la pi undi dia lagi psni (selepas ini)”.

Manakala Jojo, berkata “kena batang hidung keluarga sendiri masuk nama, baru ada akai (akal)”.

Sanusi berkata demikian pada sidang media selepas mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Sport Arena Aman Jaya, di daerah Kuala Muda. FMT

Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker