Ibu tunggal rugi RM494,400 ditipu African Scam

Ibu tunggal rugi RM494,000 ditipu African Scam

BINTULU: Seorang ibu tunggal berusia lewat 40-an kerugian RM494,000 apabila menjadi mangsa penipuan sindiket ‘African Scam’ selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial Facebook sejak pertengahan Februari lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Li Wei itu dikatakan telah mempelawa mangsa melabur dalam satu projek minyak dan gas di Sicily, Itali, dengan menjanjikan keuntungan lumayan.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Maria Rasid dalam kenyataan di sini, berkata tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa kemudian telah membuat lebih 30 transaksi pemindahan wang yang keseluruhan berjumlah RM494,000 ke lima akaun bank tempatan atas nama individu berlainan pada bulan Mac hingga Mei lepas.

“Mangsa menyedari telah ditipu apabila suspek sering memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan mengatakan projek mengalami masalah kewangan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Malah suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan untuk projek tersebut,” katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Bintulu pada 3 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Maria mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan gambar-gambar profil yang cantik atau tampan digunakan di laman sosial dan jangan sesekali memuat naik status yang menunjukkan mereka berada dalam kesunyian, sedang mencari pasangan hidup, terdesak untuk memiliki seseorang atau sebagainya kerana status seperti itu akan menarik perhatian penjenayah siber.

Katanya, mereka juga dinasihatkan agar tidak mudah termakan sebarang pujian, pujuk rayu atau terlalu mudah percaya dengan apa-apa tawaran seperti pelaburan sesuatu projek, pemberian hadiah, barangan kemas, mata wang asing dan sebagainya daripada rakan media sosial yang mendakwa dari luar negara.



Orang ramai perlu lebih berhati-hati sekiranya terdapat sebarang komunikasi melibatkan wang kerana penjenayah berusaha mencapai objektif utama mereka iaitu mendapatkan wang secara mudah dengan menipu, katanya.

“Oleh itu, jangan sesekali mendedahkan atau memberikan maklumat perbankan atau maklumat kewangan anda,” tambahnya. FMT

Ibu tunggal rugi RM494,000 ditipu African Scam

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker