Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Namun Beliau Masih Kritikal [VIDEO]

Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Namun Beliau Masih Kritikal

BERKAT doa orang ramai penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada usia kandungan lapan bulan pada Jumaat.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan bayi lelaki yang dilahirkan kira-kira pukul 4 petang itu berada dalam keadaan baik namun memerlukan alat pernafasan.

Manakala, Sarah masih berada dalam kritikal dan belum sedarkan diri.

“Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih baby berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang.

“Cuma keadaan Sarah agak kritikal. Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga doakan sesiapa sahaja yang sedang bertarung Covid-19 dipermudahkan urusan,” ujarnya.

Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Sarah dipindahkan ke ICU di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada petang Rabu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Pada Jumaat malam acara bacaan Yassin secara maya akan diadakan yang diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Salahuddin Harun dan turut di sertai Al Fadhil, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan rakan selebriti yang lain bagi mendoakan agar urusan Siti Sarah yang kini sedang bertarung di unit rawatan papi (ICU) dipermudahkan.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.-mSTAR

Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Namun Beliau Masih Kritikal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laporan polis terhadap Muhyiddin, lagi akan menyusul

Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker