Hari-Hari Pecah Rekod CovidPrix Kalah Sukan Olimpik, ‘Bantuan Perlahan Macam Kura-Kura’-Netizen

Sebaran :

Hari-Hari Pecah Rekod CovidPrix Kalah Sukan Olimpik, ‘Bantuan Perlahan Macam Kura-Kura’-Netizen

Peningkatan angka jangkitan Covid-19 sebanyak 20,889 kes hari ini dilihat tidak lagi mengejutkan rakyat yang seakan-akan sudah menjangka ia akan terus menunjukkan trend menaik buat masa ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati kesabaran orang ramai sudah sampai kemuncak pada masa yang sama mereka penat memikirkan hala tuju perang melawan Covid-19 negara yang masih tidak menujukkan hasil meyakinkan.

Kebanyakan rakyat meluahkan rasa tertekan dan kecewa selain ada yang bagai hilang kata-kata untuk menggambarkan kesusahan yang dialami dalam tempoh yang dianggap paling getir ini.

“Bila hendak selesai. Kami sudah dua bulan duduk di rumah tiada pendapatan. Bantuan perlahan macam kura-kura. Sampai bila hendak hadap semua ini,” ujar Wan Kamarul.

“Ramai kenalan yang sudah dijangkiti Covid-19. Ada yang meninggal dunia. Kami merayu sangat-sangat lakukan sesuatu supaya kes turun. Tolonglah,” kata Fatin Azmi.

“Kami sudah tepu duduk di rumah. Kasihan anak-anak. Tidak tahu hendak buat apa lagi. Tetapi kes tidak turun-turun. Kita yang dewasa mungkin boleh tahan sedikit lagi. Tetapi budak-budak tengah aktif memang kasihan sangat,” ujar Wan Abu Bakar.

“Hampir setiap hari kes akan mencatat angka tertinggi. Pemimpin atasan bertelagah merebut kuasa. Kematian saban hari semakin tinggi. Rakyat semakin sengsara,” tulis Khatijah Cheram.

“Tolonglah rakyat Malaysia. Berilah sedikit komen positif. Kita sangat memerlukannya sekarang ini,” kata Alsharif Amin Amin.

Ada juga segelintir rakyat Malaysia menyifatkan peningkatan kes Covid-19 sama rancak dengan kehangatan Sukan Olimpik yang berlangsung di Tokyo, Jepun sekarang.

“Sebagai rakyat amat berbangga. Rekod Sukan Olimpik setiap empat kali setahun baru bertukar. Tetapi kita di Malaysia hari-hari mencipta rekod baharu. Terbaik,” ujar Sara Lya.

“Jose Mourinho pernah berkata, rekod bukan untuk dipegang tetapi untuk dipecahkan,” kata Igat Anja Cfg.

“Tiap-tiap hari pecah rekod. Sudah berapa pingat emas kita dapat?,” komen Khairul Azlan Abdul Rashid.

“Tahniah negeri Selangor penyumbang utama. Dengar cerita semalam ‘bersepah’ macam pasar malam datang ambil vaksin,” ulas Safawati Tahiruddin

Akaun Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang berkongsi perkembangan kes Covid-19 turut menjadi tumpuan pengguna media sosial yang semakin resah dengan perkembangan hari ini.

“Tan Sri walaupun saya sudah lengkap dua dos saya tetap takut hendak ke mana-mana kami rakyat semua berada dalam ketakutan. Kami menunggu keajaiban. Kami semua rindu keluarga sudah hampir lapan bulan tidak balik kampung,” tulis Vanila Ice.

“Lepas ini kalau umum kelonggaran untuk yang lengkap dos vaksin boleh rentas merentas semakin bertambah sengsara kita. Macam tidak berguna duduk berkurung selama ini,” ujar Wan Ji.

“Perlis kalau sudah dua digit sudah tidak boleh makan di kedai atau restoran,” kata Asraf Awaluddin yang merujuk sembilan kes baharu Covid-19 direkodkan di Perlis hari ini. – K! ONLINE

Hari-Hari Pecah Rekod CovidPrix Kalah Sukan Olimpik, ‘Bantuan Perlahan Macam Kura-Kura’-Netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laporan polis terhadap Muhyiddin, lagi akan menyusul

Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19


Sebaran :

Leave a Reply