Resepi Suhun Goreng Daging Brokoli Sempoi

Sebaran :

Resepi Suhun Goreng Daging Brokoli Sempoi

Resepi ini merupakan resepi menggunakan suhun bersama brokoli, daging dan juga suhun. Cara meyediakan ia sama seperti kita menyediakan daging brokoli. Antara bahan-bahanh yang digunakan ialah brokoli, suhun,daging, sos tiram,lada hitam dan juga lada hitam.

Sebelum menyediakan masakan ini suhun perlulah direndam dengan air paip sebentar, kemudian gaul dengan kicap dan juga sos tiram selepas tu biarkan ia seketika.

Masakan ini amat mudah untuk disediakan dan ia amat sesuai bagi anda yang sedang berdiet kerana suhun ini rendah kalori dan juga karbohidrat. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

1 pek kecil suhun
2 ulas bawang putih (tumbuk pecah)
Sedikit brokoli (hiris)
Daging lembut (hiris dan perap dengan sedikit sos tiram)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat

Kaedah

Mula-mula rendamkan suhun dan apabila ia telah kembang, toskan.

Gaul suhun tadi dengan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat,ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan daging.

Apabila daging mulai kering, tambah brokoli dan masak lagi agar ia menjadi lembut.

Kemudian masukkan suhun tadi dan goreng sehingga suhun menjadi jernih.

Taburkan lada hitam yang telah ditumbuk halus
Siap!

Masakan ini cukup pedasnya, manis dan masinnya, dalam menyediakan masakan suhun hati-hati dengan penggunaan garam. Kicap cair juga memadai jika anda tidak suka masakan terlalu masin. Diharap anda akan mencuba resepi ringkas dan selamat mencuba!

Resepi Suhun Goreng Daging Brokoli Sempoi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat


Sebaran :

Leave a Reply