135 NGO Islam zahirkan sokong Agong, Muhyiddin

135 NGO Islam zahirkan sokong Agong, Muhyiddin . Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 135 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyatakan pendirian dan solidariti sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengekalkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Gabungan tersebut dalam satu kenyataan bersama menyatakan, pendirian itu berasaskan kepada beberapa perkara termasuk menjunjung tinggi perkenan Seri Paduka Baginda atas kepercayaan Muhyiddin masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan mengetuai pentadbiran kerajaan.

Menurut kenyataan itu pada Sabtu, dalam masa sama, mereka kesal dengan segelintir ahli Parlimen tertentu yang menarik sokongan terhadap kerajaan semasa.

“Sedangkan pembentukan kerajaan kini adalah persetujuan bersama ahli Parlimen Melayu Islam.

“Kami menyeru ahli Parlimen parti Melayu Islam kembali bersama kerajaan PN demi agama, rakyat dan negara.

“Kami juga menyeru semua parti politik Melayu Islam bermuafakat dan mengutamakan kepentingan nyawa rakyat yang berdepan dengan pandemik Covid-19 berbanding kepentingan politik peribadi dan kumpulan,” katanya.

Selain itu, mereka turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda terus menaungi kerajaan, rakyat dan menstabilkan pemerintahan serta pentadbiran negara.

Gabungan kerjasama tersebut antaranya melibatkan Yayasan Amal Malaysia, Muktamar Dakwah Malaysia, Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping, Jaringan Muafakat Intelektual Negeri Kelantan (Jamin), Pertubuhan Prihatin Sumaiyyah Kuala-Lumpur (Sumaiyyah Care) dan Konfederasi NGO Kelantan (KNK).

 

135 NGO Islam zahirkan sokong Agong, Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


5 Ahli Parlimen PKR cuba dibeli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker