Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib

Sebaran :

Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib

Kuala Lumpur: “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya,” kata pelawak Shuib yang kehilangan isteri tercinta juga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 37, selepas bertarung nyawa akibat Covid-19, hari ini.

Penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Lebih menyedihkan, Sarah meninggal dunia tanpa sempat menatap wajah bayi lelaki dikandungnya yang selamat dikeluarkan secara pembedahan pada Jumaat lalu.

Malah, impian Shuib dan anak-anak untuk menanti kepulangan Siti Sarah juga tidak kesampaian apabila penyanyi itu pergi buat selama-lamanya pada pagi, hari ini.

Perkongsian Shuib mengenai pemergian Siti Sarah cukup dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan artis.

Antara selebriti yang meninggalkan ucapan salam takziah buat Shuib serta keluarga adalah Jep Sepahtu, Fad Bocey, Alif Satar, Mark Adam, Ayda Jebat, Ajak Shira, Maya Karin, Lah Ahmad serta ramai lagi.

Terdahulu, Siti Sarah dimasukkan ke hospital itu pada Rabu lalu selepas mengalami batuk teruk dan tahap oksigen menurun akibat jangkitan Covid-19.

Siti Sarah yang hamil tujuh bulan ketika itu kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 27 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus terbabit.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. HM

Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib


Sebaran :

Leave a Reply